Rumah terbuka peringkat kebangsaan anjuran kerajaan sempena hari perayaan setiap kaum di Malaysia seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas dan Pesta Kaamatan sungguh unik dan perlu dikekalkan kerana ia melambangkan toleransi masyarakat sebagai identiti 1Malaysia yang sejati. Walau bagaimana pun ia mestilah disertai dengan penuh keikhlasan dan bukan kerana terpaksa.